SEJARAH
KELANA PURBA
Apakah
makna 90590 hinggakan ada yang di antara peminat bertanya-tanya???
90590 adalah nombor yang sukar dilupakan oleh anggota-anggota
Kelana Purba. Ia adalah
nombor harijadi Kelana Purba, 09:05:90 iaitu sembilan haribulan
lima tahun 1990. Senang juga untuk diingat, sukar pula untuk
dilupakan.
Bersenjata Kekata Berperisai Seni - Satu Madah Penuh Erti.
Itulah kata hikmat yang sering di laungkan oleh para aktivis-aktivis
dikir barat, Kelana Purba.
Kelana Purba telah diberi
gelaran sebagai salah satu kumpulan 'gergasi' kerana sering
kali menempah nama di arena dikir setempat. Bukan itu sahaja,
kumpulan berikut sering juga dapat menghambat hati para peminat
dan boleh di terima oleh masyarakat dengan setiap persembahan
berlainan yang mencerminkan ciri-ciri yang agak unik. Apakah
sebenarnya sejarah kumpulan ini hinggakan anggotanya sendiri
tidak dapat mentafsirkan susur-galur Kelana
Purba?
Disini bermula
Kelana
Purba adalah gabungan antara Sekolah Menengah Bedok
View dan Sekolah Teknikal Tanjong Katong pada awal tahun 1990.
Dari mulanya mereka hanya bermain boria di salah satu rancangan
SBC ketika itu. Setelah mengenali antara satu sama lain, mereka
ingin cuba bersatu dan menubuhkan sebuah kumpulan dikir barat
pula.
Pada
mulanya, anggota Kelana Purba
hanya dapat mencapai angka yang agak rendah sedikit kerana dikir
barat pada ketika itu tidak mendapat begitu banyak perhatian
dan sambutan. Tetapi dengan kerjasama stesen televisyen SBC
menerusi rancangan Senandung Rakyat, seni dikir telah dapat
menyambar hati sekalian dengan mengetengahkan budaya dan melahirkan
ramai pencinta seni berjiwa dikir pula.
Kebanyakkan
kumpulan pada ketika itu datangnya dari sekolah-sekolah Menengah
dan sekolah-sekolah Maktab Rendah sahaja. Kelana
Purba pula pada ketika itu di jemput bergelanggang
dengan Maktab Rendah Tampines. Pada awalnya matlamat mereka
untuk bergabung hanya sekadar menjayakan rancangan tersebut
sahaja. Oleh kerana mereka begitu intim dengan budaya dan seni,
mereka ingin mengambil kesempatan ini untuk melangkah lebih
luas dan mengenali selok-belok perjalanan dikir barat. Akhirnya
Balai Rakyat Bedoklah yang dipilih menjadi rumah kedua dalam
meniti sejarah seni hingga ke akhir ini.
Kemudian
.
Kumpulan
Kelana Purba terus berkembang
di medan seni dan telah mendapat menghambat hati pelajar-pelajar
di daerah Timur yang agak kagum dan berminat pada seni dikir
ini. Kejayaan Kelana Purba
mendapat tempat pertama di Pertandingan Dikir Barat Nasional
pada tahun 1993 terus menyemarakkan lagi semangat pelajar-pelajar
ini, antaranya daripada sekolah menengah Temasek, Bedok Town,
Bedok South dan juga ITE Bedok.
Walaupun telah meninggalkan sekolah menengah, anggota- anggota
itu terus berkecimpung di Balai Rakyat Bedok hingga kini. Dengan
semangat bersatu-padu dan juga azam untuk terus memperkembangkan
potensi masing-masing di dalam arena seni dikir, pelajar-pelajar
inilah yang sekarang memperjuangkan pengembaraan Kelana
Purba. Ramai yang telah datang dan juga pergi tetapi
anggota-anggota yang menjadi nadi kumpulan itu terus berkekalan.
Bagi mereka, Kelana Purba
bukan hanya sebuah kumpulan dikir barat, malah ia adalah tempat
bergaul, bersukan dan juga 'lepak' bersama teman-teman yang
lain.
Dari
tahun 1994-2000, anggota-anggota inilah yang bertungkus- lumus
membangunkan kumpulan itu menerusi persembahan di dalam dan
luar negeri dan juga pertandingan dikir barat setempat. Kesemua
ini telah mendapat ganjaran yang tidak dijangka di Anugerah
Dikir '99 yang lalu apabila Kelana
Purba memenangi anugerah Kumpulan Lelaki Terbaik
serta beberapa anugerah lain.
Pencapaian Kelana Purba
di dalam arena dikir ini memang tidak tanpa kesusahan. Dengan
adanya beberapa individu yang menerajui kumpulan itu dengan
cemerlang dan juga persefahaman objektif antara anggotanya sendiri,
ia merupakan tunggak kejayaan kumpulan ini.
Sila
klik disini (Microsoft
Excel format) untuk melihat pencapaian kami sepanjang
perlibatan KP90590 di dalam arena seni dikir barat.
Seterusnya
.
Di
dalam sejarah yang sudah menjangkau sepuluh tahun, banyak kesusahan
dan cubaan yang telah ditempuhi kerana utama sekali, kami bukan
satu pertubuhan yang menghasilkan wang. Bukan mudah untuk menjaga
ketenteraman dan perpaduan di dalam sebuah kumpulan yang dalam
sebarang masa, mempunyai sebanyak 50 anggota yang aktif. Yang
menjadi pendorong untuk terus bergiat adalah minat dan juga
sahabat-sahabat yang sentiasa bekerjasama.
Kelana
Purba mempunyai banyak kumpulan cabangan dan juga
yang dibawah naungan mereka. Ini termasuk kumpulan wanita
Wahana
Dek'Su yang juga bergiat
di Balai Rakyat Bedok. Ada juga kumpulan saudara Andir Purba
yang bergiat di Balai Rakyat Tampines West. Kami akan terus
mengalu-alukan sesiapa yang tidak pernah bergiat di dalam dikir
barat untuk mempelopori seni ini bersama kami.
Ayah
dan bonda restukanlah anakanda...
Izinkan kami terus mengembara...
Kelana Purba ingin meneroka...
Menyingkap sejarah rumpun kita..
Sekiranya berminat, sila hubungi saudara Ismail, Hp: 96477551
atau melalui email : kp90590@kp90590.cjb.net
back
to top
Sejarah Dikir Barat | Rumah
Kelab | Hierarchy
| Lyrics |
Picture
Gallery | Pengenalan
- Wahana Dek'su