.Back to Picture Gallery> "Sate Corner"
Semangat membara bagai sate yang dijaja
Terap semangat dikir:
Anggota Dikir Barat Kelana Purba, (dari kiri), Anuar, Mokhtar, Sazali, Gadafi dan Khairudin seiring jalan menjayakan perniagaan sate dan lontong di Kelana Purba Satay Corner

Oleh Bentan Telani

Di pentas mahupun gelanggang dikir barat, merekalah "raja" yang mengalunkan lagu penuh semangat, diiringi paluan gendang. Di kedai kopi di Jalan Masjid, mereka penjaja sate yang tidak mempedulikan keringat di dahi.

Begitulah ragam usahawan muda, Sazali Haji Zainal dan adiknya, Khairudin, yang juga ahli kumpulan dikir barat, Kelana Purba.

Kumpulan dengan lebih 80 ahli itu boleh disifatkan antara yang terbaik di sini. Maklumlah, sudah beberapa kali "mengegarkan" pentas pertandingan.

Ketika ditemui, mereka tampak gigih membantu bapa saudara mereka, Encik Hamid Ahad, menyiapkan sate. Adik bongsu mereka, Izahar, pun sibuk "sekaki".

Nampaknya semangat kental brader-brader ni berdikir barat dialihkan ke warung bernama Kelana Purba Satay Corner ini.

Kata Khairudin, 26 tahun: "Sewaktu kami ajukan kepada anggota lain yang kami akan membuka warung sate sekaligus menggunakan nama Kelana Purba, member-member kami tidak keberatan. Mereka bahkan nak sokong projek ini."

Warung in beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, bermula 6 petang.

"Walaupun masih mentah dalam bidang ini, kami berusaha bersungguh-sungguh dan ingin sekali berjaya," jelas Sazali, 27 tahun.

"Khairudin yang lebih dikenali dengan nama Ayul, pula menambah: "Mungkin sekarang usaha kami nampak kecil. Tetapi, tentu sekali, kami ingin buka kedai lebih besar untuk tampung lebih ramai pelanggan."

Selain sate, warung itu turut menyediakan lontong.

Apabila ditanya tentang modal, kedua beradik berkata mereka tidak perlu banyak berhabisan. Mereka lebih banyak manfaatkan wang simpanan yang tersedia sejak masih belajar lagi.

Ibu bapa mereka, Haji Zainal dan Cik Salmah Ali, pendorong utama dalam menyemai semangat niaga dalam diri anak-anaknya.

"Biarlah mereka berusaha dengan modal sedikit. Setidak-tidaknya, mereka tahu susah payah berniaga dan perlahan-lahan boleh belajar jadi usahawan berjaya. Kami akan beri bantuan seberapa boleh," ujar Cik Salmah yang baru bersara daripada perguruan.

back to top


 


{ home }{ about us }{ services }{ freebies }{ contact us }{ guestbook }