.Back to Picture Gallery> "Dikir Baraton"
2,000 nikmati "Dikir Baraton"
Persembahan BerWARNA-WARNI:
Kumpulan Kelana Purba (berbaju emas dan hijau) ligat beraksi dalam acara kemuncak sementara Hikayat Putera Emas (berbaju ungu) menanti giliran mereka


SEBELUM ini ada walkaton, jogaton dan maraton.

Semalam, lebih 2,000 penonton mengikuti acara "dikir baraton" selama tujuh jam di Taman Belia di Somerset Road. Acara yang bermula dari 11 pagi hingga 5.45 petang itu memaparkan persembahan-persembahan hebat oleh 20 kumpulan dikir barat terbaik di Singapura.

Bertemakan "Dari Kaca Mata Ku", acara tersebut diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ia dibuka rasmi tetamu terhormat, Setiausaha Politik (Ehwal Dalam Negeri), Encik Harun A. Ghani, dengan pukulan gendang.

Anjuran Gabungan Kumpulan Dikir Barat Singapura (Gabungan), acara itu bertujuan memberi peluang kepada belia untuk mementaskan daya cipta dan inovasi mereka dalam persembahan seni.

Dalam ucapannya, Encik Harun mencabar para belia menggunakan dikir barat untuk memaparkan budaya Melayu kepada dunia.

"Kalau budaya Barat dikenali dengan "rap" dan "rock and roll"nya, kenapa tidak kita memperkenalkan budaya Melayu melalui dikir barat?" ujar beliau.

Di kemuncak persembahan empat kumpulan terbaik di Singapura - Kelana Purba, HIkayat Putera Emas, Dendang Mutiara dan Hulubalang Abnu, ditemukan dalam gelangang.

Acara semalam itu juga adalah pertemuan semula bagi kumpulan Sri Teruna Jaya, bekas juara Peraduan Dikir Barat dalam 1990. Menurut Tok Juara kumpulan, Encik Idhan Ta'al, biarpun anggotanya kini terikat dengan komitmen masing-masing, mereka belum lagi memutuskan untuk meninggalkan seni dikir barat.

Oleh Farah M. Nor

back to top

 

 

{ home }{ about us }{ services }{ freebies }{ contact us }{ guestbook }